Akulah Sangtawal,
Raja Tilam juga namaku,
Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,
Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah Iskandar Dzulkarnain juga mengalir ditubuhku
Bapaku bernama Sakranta,
Pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.
Keturunanku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi ( Semenanjung Emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku,
Al Jawiyun nama gelarannya,
Tanah Jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.
Pada 1339, bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara di Utara Semenanjung Swarnabhumi,
Campa, Kemboja dan Samudera - Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.
Inilah salasilah keturunanku:
Anakku Raja Bharubhasa, putera sulungku,
Ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud Shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Majapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa, Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun ku tahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat di mana makamnya?
Cucuku Raja Baharun, anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.
Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja Barubhasa
Itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang Raja Raja Kedah kini.
Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan Kesultanan Kelantan dan Champa adalah darinya.
Anakku Singa Dhiraja, putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,
Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana
Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah Sultan pertama menyebut shahadat di bumi Nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.
Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.
Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.
Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman
Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.
Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil”
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.
Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu Perlak hingga ke Pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah
Ingin kutitip kembali kisah secupak dari Istanbul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.
Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia”
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.
Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama Sheikh Nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah Fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.
Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama
agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati
Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota
Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak
Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.
Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersama kita nantikan
- Sangtawal Sakranta -
MELAYU NUSANTARA

Friday, 6 November 2015
Saturday, 22 August 2015
WAHAI BANGSAKU...
"Jika mahu membunuh tanaman, racunilah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa, maka racunilah bangsanya..."
Sejarah itu teramat penting. Jika tidak, mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis, mengedit, mengolah malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estem diri (self-esteem)? Raja-raja dan para pemimpin mereka tidak sampai hati untuk membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain. Inilah caranya untuk membangkitkan 'Pride' dan 'Nationalism' pada semangat anak bangsa mereka di masa hadapan. Hasilnya, orang luar pun menghormati mereka kerana punyai sejarah dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.
Warisan sejarah bangsa adalah suatu identiti yang amat bernilai. Ia bukan sahaja menceritakan asal usul kita, ia juga merupakan identiti kita. Apabila kita bercakap mengenai identiti, ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya. Selama mana bangsa itu berpegang pada identitinya, selama itulah ia dihargai dan diingati. Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain, yang tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.
Bagaimana kaum dan bangsa lain, apabila ingin membicarakan warisan melayu dari segi fakta dan sejarah, mereka mangukir dan dan melukiskannya indah, agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil, istana serta manuskrip dan prasasti. Namun mengapa penjajah bila membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya, menuliskan bahawa ini adalah bangsa yang mundur dan pemalas? Fikirkan perbezaan ini. Orang Tai, Mon, Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban yang agung dahulu tetapi kita sebaliknya amat percaya dengan mulut longkang penjajah yang mengangkut dan mencuri 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah, merampas segala kecerdikan kita masa silam dan berkata, "Yaaa!! Lihat. Kamu tidak punya apa-apa. Nothing! Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu."
Realitinya, kita hari ini terperangkap dalam sejarah melayu era penjajahan. Selama ini, kita fikir bahawa pemikiran sejarah orang Melayu bermula dari kejatuhan Kerajaan Melaka, era penjajahan sehingga merdeka. Sejarah orang Melayu pada hari ini, yang tertulis di dalam buku-buku teks sekolah adalah sejarah orang melayu yang sekecil sejarah Malaysia yang terjajah padahal sebenarnya sejarah Melayu itu adalah seluas sejarah nusantara yang membina empayar tamadun perdagangan maritim teragung dunia!
"Biar daku kukuhkan asal usulmu. Biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat. Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin diri. Daku membantumu kerana kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah swt. Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad saw.
Bangsaku ialah Melayu. Asal bangsaku ialah Nabi Adam as, manusia pertama. Agamaku ialah Islam. Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik, merentasi Asia Tenggara hingga ke Madagaskar. Daku bukan berasal dari Yunnan, Taiwan, India atau mana-mana. Asal usulku dari sini, Nusantara.
Telahku semahkan darah pada batu bersurat. Telahku perahkan limau pada keris wasiat. Sampai masa aku bangkit untuk berjuang. Aku pertahankan bangsa atas nama agama sebab wujud bangsaku kerana agama. Bukan sebab bangga aku membela bangsa. Bukan sebab dunia aku membela bangsa. Sebab hakikat kebenaran yang diminta. Sebab kasih pada agama.
- Srikandi - Melayu itu pribumi Asia Tenggara.
"...sent them away from his son Isaac to the land of the east..."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah antara ayat-ayat yang paing misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu tahun, berkenaan satu bangsa pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babylon, Sumeria, Mesir Firaun dan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup terasing di Tibet, berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung. Si Mahameru yang selalu di impi-impikan oleh bangsa lain sepanjanghayatnya. Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-Ladan makhluk Yeti yang setia. Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual, tabah menghadapi segala dugaan, kesakitan, airmata dan penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharungi kehangatan padang pasir, ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraanya ke hujung dunia "Semenanjung Tanah Emas".
"...Tanah yang dijanjikan." (Promised Land)
Siapakah bangsa misteri ini?
Kita mencari masa depan, namun kita lupakan masa lalu...
Kita mengumpul semangat tanpa henti-hentinya, dari rimbunan cemuhan dan kejian,
Namun kita lupa akan kejayaan dan kegemilangan masa lalu...
Kita bagaikan merpati, yang beriringan mencari mimpi,
Kita sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya diri kita, dan apa yang telah kita capai dahulu...
Kita kini berjalan di atas pecahan paku dan kaca kekerdilan diri,
Meraba-raba dalam kegelapan sejarah, mergapai-gapai mencari sinar harapan,
Sambil menutup rapat RIWAYAT AGONG masa silam...
Kredit - Srikandi (Alter Terahsia Bangsa Melayu)
"...nyiur pinang hanau rumwiya dengan samigrana yang kayu nimakan wuahna..."
Kata-kata di atas adalah cetusan seorang Raja Melayu pada 23 Mac 684M, mencatatkan diarinya merujuk kepada pembinaan sebuah taman. Diari ini terpahat di atas sebuah prasasti batu yang kekal merentasi zaman berzaman.
Sejarah dan tamadun tidak boleh dileraikan. Bak pinang dibelah dua, setiap sisi sejarah akan melengkapkan tamadun. Tamadun boleh hilang jika hilangnya sejarah kerana tamadun merakamkan sejarah. Sejarah merakamkan kejayaan menegakkan suatu tamadun.
Apakah yang menghukum sesuatu tamadun atau masyarakat untuk runtuh, berpecah dan musnah? Adakah kerana mereka semakin kurang berilmu? Bukan itu. Teknologi, ilmu pengetahuan dan kepandaian akan semakin berkembang kerana motivasi persaingan akan mencambahkan ego demi ego untuk menjadi yang terbaik di kalangan manusia.
Jawapannya adalah menguburkan sejarah. Sesuatu masyarakat akan terjun ke kubur kedunguan apabila membuat kesalahan yang sama, sepertimana orang-orang yang terdahulu. Jadi, bagaimana untuk menghindarkan kita dan anak cucu kita dari disedut kedunguan yang sama?
Bacalah sejarah. Membaca sejarah itu bagaikan mempelajari sikap dan usaha untuk bertahan. Ianya umpama menyemai kendiri untuk berdiri di atas sejarah lupa dan alpa yang pilu. Mempelajari sejarah itu laksana menyiapkan suluh untuk melihat lubang yang menjayakan kegagalan insan-insan terdahulu. Sejarah juga memberi peluang dan alu-aluan untuk mengulang kejayaan terdahulu. Bukanlah insan yang bermaruah jika hanya berpekak tuli dengan rekayasa orang lain terhadap sejarahnya. Bertahanlah dan bersiaplah untuk memberitahu bahawa..."Sejarah kami adalah begini..."
Justeru itu, jika anda membaca sejarah melayu, bacalah seluas Asia Tenggara dan dunia. Kelak anda akan melihat betapa gigihnya para pengukir plat tembaga di Universiti Nalanda semasa pemerintahan kerajaan Pala merakamkan nama raja Melayu dan kerabatnya sepertimana orang Khmer memahatkan nama raja Melayu dari kerabat Mauli-Srivijaya di Grahi (Chaiya) di Thailand kini.
Tamadun Melayu bukanlah sesempit apa yang kita baca di dalam buku-buku teks sekolah. Tamadun Melayu adalah secantik dan seindah apa yang terkandung dalam Aja'ib Al-Makhluqat wa Ghara'ib Al-Qazniwi. Sejarah Melayu adalah semegah apa yang diceritakan di dalam Muruj Adh-Dhahab wa Ma'adin Al-Jawahir karya Masudi. Sejarah Melayu adalah semewah seperti apa yang tercatat di dalam Ershisi Shi, kompilasi riwayat Imperial China. Sejarah Melayu adalah semisteri seperti yang tersurih di dalam Jinakalami dan Tanman Phunmuang Chiangmai, malah dalam riwayat Sri Dharmaraja. Sejarah Melayu menggamit memori seperti yang dikisahkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Sulalatus Salatin. Sejarah Melayu seromantis surat-surat cinta seperti yang tersimpan jauh di Leiden dan perpustakaan-perpustakaan di serata Eropah.
- Kitab Tamadun Melayu; Prakata III.
Sejarah itu teramat penting. Jika tidak, mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis, mengedit, mengolah malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estem diri (self-esteem)? Raja-raja dan para pemimpin mereka tidak sampai hati untuk membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain. Inilah caranya untuk membangkitkan 'Pride' dan 'Nationalism' pada semangat anak bangsa mereka di masa hadapan. Hasilnya, orang luar pun menghormati mereka kerana punyai sejarah dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.
Warisan sejarah bangsa adalah suatu identiti yang amat bernilai. Ia bukan sahaja menceritakan asal usul kita, ia juga merupakan identiti kita. Apabila kita bercakap mengenai identiti, ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya. Selama mana bangsa itu berpegang pada identitinya, selama itulah ia dihargai dan diingati. Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain, yang tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.
Bagaimana kaum dan bangsa lain, apabila ingin membicarakan warisan melayu dari segi fakta dan sejarah, mereka mangukir dan dan melukiskannya indah, agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil, istana serta manuskrip dan prasasti. Namun mengapa penjajah bila membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya, menuliskan bahawa ini adalah bangsa yang mundur dan pemalas? Fikirkan perbezaan ini. Orang Tai, Mon, Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban yang agung dahulu tetapi kita sebaliknya amat percaya dengan mulut longkang penjajah yang mengangkut dan mencuri 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah, merampas segala kecerdikan kita masa silam dan berkata, "Yaaa!! Lihat. Kamu tidak punya apa-apa. Nothing! Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu."
Realitinya, kita hari ini terperangkap dalam sejarah melayu era penjajahan. Selama ini, kita fikir bahawa pemikiran sejarah orang Melayu bermula dari kejatuhan Kerajaan Melaka, era penjajahan sehingga merdeka. Sejarah orang Melayu pada hari ini, yang tertulis di dalam buku-buku teks sekolah adalah sejarah orang melayu yang sekecil sejarah Malaysia yang terjajah padahal sebenarnya sejarah Melayu itu adalah seluas sejarah nusantara yang membina empayar tamadun perdagangan maritim teragung dunia!
"Biar daku kukuhkan asal usulmu. Biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat. Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin diri. Daku membantumu kerana kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah swt. Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad saw.
Bangsaku ialah Melayu. Asal bangsaku ialah Nabi Adam as, manusia pertama. Agamaku ialah Islam. Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik, merentasi Asia Tenggara hingga ke Madagaskar. Daku bukan berasal dari Yunnan, Taiwan, India atau mana-mana. Asal usulku dari sini, Nusantara.
Telahku semahkan darah pada batu bersurat. Telahku perahkan limau pada keris wasiat. Sampai masa aku bangkit untuk berjuang. Aku pertahankan bangsa atas nama agama sebab wujud bangsaku kerana agama. Bukan sebab bangga aku membela bangsa. Bukan sebab dunia aku membela bangsa. Sebab hakikat kebenaran yang diminta. Sebab kasih pada agama.
- Srikandi - Melayu itu pribumi Asia Tenggara.
"...sent them away from his son Isaac to the land of the east..."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah antara ayat-ayat yang paing misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu tahun, berkenaan satu bangsa pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babylon, Sumeria, Mesir Firaun dan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup terasing di Tibet, berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung. Si Mahameru yang selalu di impi-impikan oleh bangsa lain sepanjanghayatnya. Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-Ladan makhluk Yeti yang setia. Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual, tabah menghadapi segala dugaan, kesakitan, airmata dan penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharungi kehangatan padang pasir, ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraanya ke hujung dunia "Semenanjung Tanah Emas".
"...Tanah yang dijanjikan." (Promised Land)
Siapakah bangsa misteri ini?
Thursday, 20 August 2015
SYAIR UNTUK BANGSAKU...
Lahir Melayu sudah direncana,
Oleh Dia yang bijaksana,
Agama pula lain cerita,
Pada bapa yang menyambut kita...
Melayu isi dalamnya kita,
Mungkinkah ia berkait nyawa?
Islam kita kerana bapa,
Turunan dia berkurun lamanya...
Bangsa sudah ditentukan Dia,
Pegangan syariat pilihan kita,
Kalau nyawa dah kenal dia,
Maka Islamlah pilihan sempurna...
Jangan pula kamu tak percaya,
Melayu sudah lama di dunia,
Sebelum ada kita manusia,
Melayu itukah namanya dewata?
Tilik dan renung kitab yang ada,
Apa cerita mana hikmahnya,
Sudah rasmi Melayunya kita,
Dalam hakikat cari kebenarannya...
Malang sungguh anak cucu yang ada,
Bangsa dijajah sekian lamanya,
Portugis Belanda Inggeris melata,
Terlupa pula komunis pun ada...
Semua mereka satu kepala,
Mengajar kita siapa mereka,
Disanjung dipuja setiap masa,
Dikata melayu lemah dan lupa...
Resmi Melayu merendahd diri,
Simpan amarah termakan budi,
Cerita dikarang Abdullah Munsyi,
Talibarut penjajah yang lupa diri...
hadir pula dakwah syariat,
Dengan mudah didakap erat,
Kerana Melayu sudah berhakikat,
Dibimbangi pula takut tersesat...
Timbul pula usul cerita,
Sebelum Islam hindulah pula,
Konon itulah pusaka kita,
Sedangkan Melayu dah lama beragama...
Hidup berTuhan itulah kita,
Sebelum datang semua agama,
Syariat diajar benteng semua,
Dibawa mereka yang kasar belaka...
Tak payah diajar padanya kita,
Hormat yang tua sebati di dada,
Sopan dan santun pekerti semua,
Sayang sungguh makhluk yang ada...
Ibadat kita adalah tapa,
Kenali diri mencari Dia,
Sudah ketemu di alam abdinya,
Hadir Dia binasalah kita...
bersambung...
Sunday, 16 August 2015
ETIMOLOGI MELAYU...
Etimologi merupakan kajian asal usul dan sejarah bagi sesuatu perkataan. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui etomologi perkataan Melayu, antaranya adalah penemuan batu bersurat, patung, catatan, nama tempat, kawasan atau sebagainya. Hasil kajian yang diperolehi akan saling mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Perkataan Melayu itu adalah merupakan versi baru kepada perkataan asalnya Malaya, iaitu perkataan Sanskrit atau dari perkataan Tamil sebagai Malai yang membawa maksud Gunung (Himalaya yang terkenal di Tibet itu membawa maksud "Gunung Tinggi" atau "Gunung Salji" dan di Pulau Jawa ada kawasan tasik di pergunungan tinggi yang dinamakan Tasik Malaya hingga sekarang). Perkataan Melayu (Malaya) merupakan terjemahan Hindia (Sanskrit) kepada Bnom, Pnom, Phnom iaitu bahasa Mon-Khmer yang dipercayai bersimbiosis dengan Melayu Purba, khususnya Funan. China Purba pula menyebut Bnom, Pnom dan Phnom sebagai Fou-Nan, Fou-nan dan Founan bagi merujuk kepada sebuah kerajaan rumpun Melayu di Kemboja iaitu Kerajaan Funan, yang wujud pada abad 1M hingga ke 6M.
Terdapat juga para pengkaji yang menyatakan bahawa Melayu itu daripada perkataan Malaiyur-pura yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyur-pura membawa maksud kota malaiyur atau kota gunung.

Pada abad pertama masihi juga, sekitar 100M-150M apabila M Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam bukunya yang bertajuk Geographike Sintaxis. Menurut G. E. Gerini pula, istilah tersebut berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Malaikurram atau Malayakolam, yang merujuk kepada suatu tempat di utara Semenanjung Malaysia iaitu Tanjung Kuantan. Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Tercatat di dalam sejarah China di mana satu utusan dari kerajaan Mo-Lo-Yu dari Sumatera telah dihantar ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi mereka kepada Raja China pada sekitar tahun 644M - 645M. Berita tentang peradaban kerajaan ini dicatatkan di dalam buku T'ang-Hui-Yao, yang disusun oleh Wang p'u pada tahjun 961M, semasa zaman Dinasti Tang. Ini dibuktikan apabila dipercayai wujud sejak abad ke 4 hingga abad ke 7 masehi yang dikenali sebagai kerajaan Malayu sebelum ianya ditawan oleh kerajaan Srivijaya. Ianya dikuatkan lagi melalui catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-Shing/I-Tsing/I-Ching (Pinyin Yi Ying) ( 634M - 713M), terdapat sebuah kerajaan yang dikenali sebagai Mo-Lo-Yu semasa beliau dalam pelayaran dari Canton menuju ke India sekitar 671M - 675M. Kerajaan Malayu ini berpusat di Muara Jambi. Nama kerajaan ini juga diambil sempena nama sebatang sungai iaitu Sungai Malayu.
Selepas itu, dalam catatan-catatan Dinasti China seperti Yuan dan Ming, nama orang Melayu banyak kelihatan. Ianya dicatatkan dalam aksara China dengan pelbagai panggilan dan ejaan, antaranya Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Ma-lou-yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu, Bok-La-Yu, Mok-La-Yu, Oo-Lai-Yu dan pelbagai lagi berdasarkan pelat orang Cina sendiri.
Terdapat istilah Malaya dvipa di dalam sebuah kitab hindu purba yang ditulis pada zaman Gautama Buddha. Kitab itu berjudul Purana. Malaya dvipa membawa maksud tanah yang dikelilingi air. Para pengkaji beranggapan istilah tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera.
Selain itu, ketika Singgahsari, suatu ekspedisi telah dicatatkan sebagai ekspedisi Pamalayu. Peristiwa ini berlaku ketika penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singgahsari dari Jawa Timur di Hulu Jambi ke atas daerah Malayu. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Malayu.
Sementara itu, catatan bertulis di asia tenggara itu sendiri pula, perkataan malayu, malayo atau malaiyur yang tertua setakat ini tercatat di prasasti (batu bersurat) di Padang Ruku/Roko/Rocore (abad ke 7 Masehi) dan di Sungai Langat, Sumatera bertarikh 1029M dan di Tanjore 1030M. Manakala prasasti di Batang Hari, Palembang bertarikh 1286M pula tercatat perkataan malayapura (bermakna kota malaya).
Akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui pembacaan dan kajian. Terima kasih.
Wednesday, 12 August 2015
PEMBUKA KATA.....
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua isi negara,
Hamba rakyat raja di pura,
Moga selamat aman sejahtera.
Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.
Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat! Bertambah daulat!
Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beramanat,
Buat dakwah di bumi berkat,
Diakhir masa ramai wali hebat.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
Wa’ad Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa'ad menjemput tulah.
Melayu pernah berilmu budaya,
Dari llahi satu kurnia,
Manuskrip tersebar serata sedunia,
Menyimpan khazanah Melayu tua.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar musuh keparat,
Propaganda keji dibuat-buat,
Maruah Melayu disiat-siat.
Sekian lama Melayu disasarkan,
Sejarah jatidiri diserang-serang,
Musuh luar dan dari dalaman,
Mungkin tersirat suatu ramalan?
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan dan kepada sesiapa
sahaja yang membaca pembuka bicara saya ini. Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa.
Pertama
sekali, melalui hasil kajian dan pemahaman melalui pembacaan yang bakal saya
rekodkan, rata-ratanya lebih fokus kepada kajian dan hipotesis berkenaan dengan asal usul dan juga misteri bangsa dari alam nusantara ini bukanlah bertujuan untuk dimegah-megahkan. Ianya hanyalah sekadar untuk membangkitkan semangat jati diri buat diri saya khususnya dan anak bangsa keseluruhannya serta sebagai pengetahuan am buat mereka-mereka yang sudi membaca.
Terlebih dahulu, ingin saya ingatkan di sini bahawa segala hasil-hasil tulisan yang akan dikumpulkan dalam penulisan saya ini, bukanlah hasil dari kajian saya dalam erti kata sebenar. Saya bukanlah seorang pengkaji sejarah yang berkelayakan, malah saya tidak layak untuk digelar sebagai pengkaji sejarah. Segala pendapat saya juga sememangnya tidak mempunyai nilai di dalam lingkungan dunia sarjana dan cendekiawan sejarah. Saya cuma seorang anak Melayu yang suka membaca, lebih-lebih lagi bidang yang berkaitan dengan sejarah. Semenjak dari kecil, saya memang amat meminati subjek sejarah, sehingga ke hari ini.
Walaupun saya amat meminati bidang sejarah, tetapi saya buntu dan bertanyakan kepada diri sendiri, sejarah apakah yang perlu saya selami? Setakat ini, Alhamdulillah, sejarah Islam sudah saya baca dan kaji (walaupun bukan semua). Sejarah Rom dan Zaman Pembaharuan (renaissance)? Saya tidak begitu minat kerana saya rasakan mereka seolah begitu jauh dari saya. Dalam erti kata lain, mereka amat berbeza dengan saya.
Namun begitu, minat saya untuk mula membaca, mendalami dan memulakan pengkajian saya dalam mengetahui sejarah mengenai Melayu ini apabila sejak akhir-akhir ini, perasaan saya terlalu sedih dan kecewa dengan apa yang telah dan sedang berlaku kepada Melayu pada hari ini. Kenapa mereka sampai jadi begini? Apa yang telah menyebabkan mereka jadi begini? Benarkah Melayu memang berperangai begini? Di mana silapnya? Dengan 1001 persoalan yang bermain di fikiran saya, maka terdetik di hati sanubari saya untuk kembali menoleh ke belakang (bukan bererti menyerah kalah) dalam mencari segala puncanya. Saya nekad untuk mengkaji bangsa Melayu ini. Saya akan cuba menyelongkar dan merungkai segala persoalan yang menjadikan Melayu pada hari ini. kenapa Melayu hilang semangat keyakinan dan jatidiri? Kenapa Melayu begitu mudah diadu domba seperti lalang? Kenapa Melayu mudah tersungkur? dan pelbagai persoalan lain. Sampai ke satu tahap, saya tertanya, siapakah sebenarnya Melayu? Dari mana asalnya? Melayu ada sejarahkah? Kalau ada sejarah, sudah tentu ada tamadun. Jika ada tamadun, kenapa begitu ramai pada hari ini berkelakuan seolah tidak ada tamadun?
Maka, bermulalah pengembaraan saya dalam mengkaji dan mengenal bangsa yang sayangi ini. "Im letting my journey begin". Harus bagi saya dalam mencari identiti bangsa Melayu ini, dalam mengambil tahu siapa Melayu ini kerana saya adalah anak kelahiran bangsa Melayu. Tidak boleh tidak, saya mesti cari, siapa itu Melayu. Bagaimana dengan anda? Saya akan cuba menyelami dan mendalami akan kisah sejarah Melayu ini dengan sedalam-dalamnya. Ini janji saya. Saya ingin menafikan dan menidakkan bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang saya lihat dan tahu pada hari ini. Bukan...saya pasti bukan...

Semoga dengan pembacaan, pengkajian dan pengembaraan serta perkongsian berkenaan dengan bangsa Melayu ini akan dapat membantu, walaupun sedikit dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada anda semua, seterusnya dalam mengenal bangsa ini. Diharapkan agar ianya mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan semangat dan jatidiri buat diri saya dan anda semua dalam menghadapi cabaran yang amat getir ini. Marilah kita bersama-sama memelihara segala sumber warisan sejarah dan kebudayaan yang kita ada agar ianya tidak dilupakan sampai bila2 dan semoga ianya menjadi pedoman buat generasi yang akan datang. Tanpa sejarah, siapalah kita...
Siapa tahu, mungkin juga ada tersirat rahsia kebangkitan umat Melayu...
"Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa da bersejarah sehingga terbentuk dalam generasi anak muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan ruh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanahair, kemuliaan dan kebahagiaan"
Imam Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin.

Subscribe to:
Posts (Atom)