Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua isi negara,
Hamba rakyat raja di pura,
Moga selamat aman sejahtera.
Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.
Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat! Bertambah daulat!
Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beramanat,
Buat dakwah di bumi berkat,
Diakhir masa ramai wali hebat.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
Wa’ad Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa'ad menjemput tulah.
Melayu pernah berilmu budaya,
Dari llahi satu kurnia,
Manuskrip tersebar serata sedunia,
Menyimpan khazanah Melayu tua.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar musuh keparat,
Propaganda keji dibuat-buat,
Maruah Melayu disiat-siat.
Sekian lama Melayu disasarkan,
Sejarah jatidiri diserang-serang,
Musuh luar dan dari dalaman,
Mungkin tersirat suatu ramalan?
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan dan kepada sesiapa
sahaja yang membaca pembuka bicara saya ini. Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa.
Pertama
sekali, melalui hasil kajian dan pemahaman melalui pembacaan yang bakal saya
rekodkan, rata-ratanya lebih fokus kepada kajian dan hipotesis berkenaan dengan asal usul dan juga misteri bangsa dari alam nusantara ini bukanlah bertujuan untuk dimegah-megahkan. Ianya hanyalah sekadar untuk membangkitkan semangat jati diri buat diri saya khususnya dan anak bangsa keseluruhannya serta sebagai pengetahuan am buat mereka-mereka yang sudi membaca.
Terlebih dahulu, ingin saya ingatkan di sini bahawa segala hasil-hasil tulisan yang akan dikumpulkan dalam penulisan saya ini, bukanlah hasil dari kajian saya dalam erti kata sebenar. Saya bukanlah seorang pengkaji sejarah yang berkelayakan, malah saya tidak layak untuk digelar sebagai pengkaji sejarah. Segala pendapat saya juga sememangnya tidak mempunyai nilai di dalam lingkungan dunia sarjana dan cendekiawan sejarah. Saya cuma seorang anak Melayu yang suka membaca, lebih-lebih lagi bidang yang berkaitan dengan sejarah. Semenjak dari kecil, saya memang amat meminati subjek sejarah, sehingga ke hari ini.
Walaupun saya amat meminati bidang sejarah, tetapi saya buntu dan bertanyakan kepada diri sendiri, sejarah apakah yang perlu saya selami? Setakat ini, Alhamdulillah, sejarah Islam sudah saya baca dan kaji (walaupun bukan semua). Sejarah Rom dan Zaman Pembaharuan (renaissance)? Saya tidak begitu minat kerana saya rasakan mereka seolah begitu jauh dari saya. Dalam erti kata lain, mereka amat berbeza dengan saya.
Namun begitu, minat saya untuk mula membaca, mendalami dan memulakan pengkajian saya dalam mengetahui sejarah mengenai Melayu ini apabila sejak akhir-akhir ini, perasaan saya terlalu sedih dan kecewa dengan apa yang telah dan sedang berlaku kepada Melayu pada hari ini. Kenapa mereka sampai jadi begini? Apa yang telah menyebabkan mereka jadi begini? Benarkah Melayu memang berperangai begini? Di mana silapnya? Dengan 1001 persoalan yang bermain di fikiran saya, maka terdetik di hati sanubari saya untuk kembali menoleh ke belakang (bukan bererti menyerah kalah) dalam mencari segala puncanya. Saya nekad untuk mengkaji bangsa Melayu ini. Saya akan cuba menyelongkar dan merungkai segala persoalan yang menjadikan Melayu pada hari ini. kenapa Melayu hilang semangat keyakinan dan jatidiri? Kenapa Melayu begitu mudah diadu domba seperti lalang? Kenapa Melayu mudah tersungkur? dan pelbagai persoalan lain. Sampai ke satu tahap, saya tertanya, siapakah sebenarnya Melayu? Dari mana asalnya? Melayu ada sejarahkah? Kalau ada sejarah, sudah tentu ada tamadun. Jika ada tamadun, kenapa begitu ramai pada hari ini berkelakuan seolah tidak ada tamadun?
Maka, bermulalah pengembaraan saya dalam mengkaji dan mengenal bangsa yang sayangi ini. "Im letting my journey begin". Harus bagi saya dalam mencari identiti bangsa Melayu ini, dalam mengambil tahu siapa Melayu ini kerana saya adalah anak kelahiran bangsa Melayu. Tidak boleh tidak, saya mesti cari, siapa itu Melayu. Bagaimana dengan anda? Saya akan cuba menyelami dan mendalami akan kisah sejarah Melayu ini dengan sedalam-dalamnya. Ini janji saya. Saya ingin menafikan dan menidakkan bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang saya lihat dan tahu pada hari ini. Bukan...saya pasti bukan...

Semoga dengan pembacaan, pengkajian dan pengembaraan serta perkongsian berkenaan dengan bangsa Melayu ini akan dapat membantu, walaupun sedikit dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada anda semua, seterusnya dalam mengenal bangsa ini. Diharapkan agar ianya mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan semangat dan jatidiri buat diri saya dan anda semua dalam menghadapi cabaran yang amat getir ini. Marilah kita bersama-sama memelihara segala sumber warisan sejarah dan kebudayaan yang kita ada agar ianya tidak dilupakan sampai bila2 dan semoga ianya menjadi pedoman buat generasi yang akan datang. Tanpa sejarah, siapalah kita...
Siapa tahu, mungkin juga ada tersirat rahsia kebangkitan umat Melayu...
"Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa da bersejarah sehingga terbentuk dalam generasi anak muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan ruh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanahair, kemuliaan dan kebahagiaan"
Imam Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin.

No comments:
Post a Comment