Kita mencari masa depan, namun kita lupakan masa lalu...
Kita mengumpul semangat tanpa henti-hentinya, dari rimbunan cemuhan dan kejian,
Namun kita lupa akan kejayaan dan kegemilangan masa lalu...
Kita bagaikan merpati, yang beriringan mencari mimpi,
Kita sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya diri kita, dan apa yang telah kita capai dahulu...
Kita kini berjalan di atas pecahan paku dan kaca kekerdilan diri,
Meraba-raba dalam kegelapan sejarah, mergapai-gapai mencari sinar harapan,
Sambil menutup rapat RIWAYAT AGONG masa silam...
Kredit - Srikandi (Alter Terahsia Bangsa Melayu)
"...nyiur pinang hanau rumwiya dengan samigrana yang kayu nimakan wuahna..."
Kata-kata di atas adalah cetusan seorang Raja Melayu pada 23 Mac 684M, mencatatkan diarinya merujuk kepada pembinaan sebuah taman. Diari ini terpahat di atas sebuah prasasti batu yang kekal merentasi zaman berzaman.
Sejarah dan tamadun tidak boleh dileraikan. Bak pinang dibelah dua, setiap sisi sejarah akan melengkapkan tamadun. Tamadun boleh hilang jika hilangnya sejarah kerana tamadun merakamkan sejarah. Sejarah merakamkan kejayaan menegakkan suatu tamadun.
Apakah yang menghukum sesuatu tamadun atau masyarakat untuk runtuh, berpecah dan musnah? Adakah kerana mereka semakin kurang berilmu? Bukan itu. Teknologi, ilmu pengetahuan dan kepandaian akan semakin berkembang kerana motivasi persaingan akan mencambahkan ego demi ego untuk menjadi yang terbaik di kalangan manusia.
Jawapannya adalah menguburkan sejarah. Sesuatu masyarakat akan terjun ke kubur kedunguan apabila membuat kesalahan yang sama, sepertimana orang-orang yang terdahulu. Jadi, bagaimana untuk menghindarkan kita dan anak cucu kita dari disedut kedunguan yang sama?
Bacalah sejarah. Membaca sejarah itu bagaikan mempelajari sikap dan usaha untuk bertahan. Ianya umpama menyemai kendiri untuk berdiri di atas sejarah lupa dan alpa yang pilu. Mempelajari sejarah itu laksana menyiapkan suluh untuk melihat lubang yang menjayakan kegagalan insan-insan terdahulu. Sejarah juga memberi peluang dan alu-aluan untuk mengulang kejayaan terdahulu. Bukanlah insan yang bermaruah jika hanya berpekak tuli dengan rekayasa orang lain terhadap sejarahnya. Bertahanlah dan bersiaplah untuk memberitahu bahawa..."Sejarah kami adalah begini..."
Justeru itu, jika anda membaca sejarah melayu, bacalah seluas Asia Tenggara dan dunia. Kelak anda akan melihat betapa gigihnya para pengukir plat tembaga di Universiti Nalanda semasa pemerintahan kerajaan Pala merakamkan nama raja Melayu dan kerabatnya sepertimana orang Khmer memahatkan nama raja Melayu dari kerabat Mauli-Srivijaya di Grahi (Chaiya) di Thailand kini.
Tamadun Melayu bukanlah sesempit apa yang kita baca di dalam buku-buku teks sekolah. Tamadun Melayu adalah secantik dan seindah apa yang terkandung dalam Aja'ib Al-Makhluqat wa Ghara'ib Al-Qazniwi. Sejarah Melayu adalah semegah apa yang diceritakan di dalam Muruj Adh-Dhahab wa Ma'adin Al-Jawahir karya Masudi. Sejarah Melayu adalah semewah seperti apa yang tercatat di dalam Ershisi Shi, kompilasi riwayat Imperial China. Sejarah Melayu adalah semisteri seperti yang tersurih di dalam Jinakalami dan Tanman Phunmuang Chiangmai, malah dalam riwayat Sri Dharmaraja. Sejarah Melayu menggamit memori seperti yang dikisahkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Sulalatus Salatin. Sejarah Melayu seromantis surat-surat cinta seperti yang tersimpan jauh di Leiden dan perpustakaan-perpustakaan di serata Eropah.
- Kitab Tamadun Melayu; Prakata III.
Sejarah itu teramat penting. Jika tidak, mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis, mengedit, mengolah malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estem diri (self-esteem)? Raja-raja dan para pemimpin mereka tidak sampai hati untuk membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain. Inilah caranya untuk membangkitkan 'Pride' dan 'Nationalism' pada semangat anak bangsa mereka di masa hadapan. Hasilnya, orang luar pun menghormati mereka kerana punyai sejarah dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.
Warisan sejarah bangsa adalah suatu identiti yang amat bernilai. Ia bukan sahaja menceritakan asal usul kita, ia juga merupakan identiti kita. Apabila kita bercakap mengenai identiti, ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya. Selama mana bangsa itu berpegang pada identitinya, selama itulah ia dihargai dan diingati. Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain, yang tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.
Bagaimana kaum dan bangsa lain, apabila ingin membicarakan warisan melayu dari segi fakta dan sejarah, mereka mangukir dan dan melukiskannya indah, agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil, istana serta manuskrip dan prasasti. Namun mengapa penjajah bila membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya, menuliskan bahawa ini adalah bangsa yang mundur dan pemalas? Fikirkan perbezaan ini. Orang Tai, Mon, Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban yang agung dahulu tetapi kita sebaliknya amat percaya dengan mulut longkang penjajah yang mengangkut dan mencuri 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah, merampas segala kecerdikan kita masa silam dan berkata, "Yaaa!! Lihat. Kamu tidak punya apa-apa. Nothing! Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu."
Realitinya, kita hari ini terperangkap dalam sejarah melayu era penjajahan. Selama ini, kita fikir bahawa pemikiran sejarah orang Melayu bermula dari kejatuhan Kerajaan Melaka, era penjajahan sehingga merdeka. Sejarah orang Melayu pada hari ini, yang tertulis di dalam buku-buku teks sekolah adalah sejarah orang melayu yang sekecil sejarah Malaysia yang terjajah padahal sebenarnya sejarah Melayu itu adalah seluas sejarah nusantara yang membina empayar tamadun perdagangan maritim teragung dunia!
"Biar daku kukuhkan asal usulmu. Biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat. Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin diri. Daku membantumu kerana kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah swt. Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad saw.
Bangsaku ialah Melayu. Asal bangsaku ialah Nabi Adam as, manusia pertama. Agamaku ialah Islam. Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik, merentasi Asia Tenggara hingga ke Madagaskar. Daku bukan berasal dari Yunnan, Taiwan, India atau mana-mana. Asal usulku dari sini, Nusantara.
Telahku semahkan darah pada batu bersurat. Telahku perahkan limau pada keris wasiat. Sampai masa aku bangkit untuk berjuang. Aku pertahankan bangsa atas nama agama sebab wujud bangsaku kerana agama. Bukan sebab bangga aku membela bangsa. Bukan sebab dunia aku membela bangsa. Sebab hakikat kebenaran yang diminta. Sebab kasih pada agama.
- Srikandi - Melayu itu pribumi Asia Tenggara.
"...sent them away from his son Isaac to the land of the east..."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah antara ayat-ayat yang paing misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu tahun, berkenaan satu bangsa pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babylon, Sumeria, Mesir Firaun dan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup terasing di Tibet, berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung. Si Mahameru yang selalu di impi-impikan oleh bangsa lain sepanjanghayatnya. Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-Ladan makhluk Yeti yang setia. Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual, tabah menghadapi segala dugaan, kesakitan, airmata dan penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharungi kehangatan padang pasir, ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraanya ke hujung dunia "Semenanjung Tanah Emas".
"...Tanah yang dijanjikan." (Promised Land)
Siapakah bangsa misteri ini?